Peranan Al-Quran Sebagai Sumber Utama Dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan
NAMA-NAMA AHLI
NAMA: MUHAMMAD NADZMI BIN MD
AZAM
NO MATRIK: 02DKM16F1154
NAMA: FARIS IZZUDDIN BIN
AHMAD RONZI
NO MATRIK: 02DKM16F1078
NAMA: SALMAN BIN RIDZUAN
NO MATRIK: 02DKM16F1125
NAMA: MOHD ASYRAF BIN AZMI
NO MATRIK: 02DKM16F1068
NAMA: MUHAMMAD LUTFI HAKIM
BIN RODUAN
NO MATRIK: 02DKM16F1118
NAMA: MOHAMMAD HADI BIN ROSLI
NO MATRIK: 02DKM16F1076
NAMA: MOHAMAD NAQIB FAHMI BIN
MOHAMAD
NO MATRIK: 02DKM16F1076
KURSUS: DIPLOMA KEJURUTERAAN
MEKANIKAL
SESI: DIS 2016
NAMA PENSYARAH: ENCIK FADHILI BIN MUHAMMAD
JABATAN: KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, kami
berjaya menyiapkan tugasan e-folio ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan
jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Encik Fadhili bin Muhammad, pensyarah
Sains, Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam(DUA2012), di atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kumpulan kerana
komitmen yang hebat dalam menjayakan tugasan ini. Sikap kerjasama yang
ditunjukkan oleh rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami
menyiapkan tugasan yang diberi ini. Kami juga telah banyak menimba ilmu semasa
menyiapkan tugasan yang diberikan ini.
Tidak lupa juga buat ibu dan bapa kami yang banyak memberi dorongan dan
nasihat untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka tidak pernah putus asa dalam
memberi motivasi agar kami terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi.
Akhir kata, kami berharap tugasan ini mampu membina semangat cintakan
Negara dan mampu membina minda agar lebih kognitif, kompetitif dan rasional.
Semoga semua pihak yang terlibat dirahmati dan diberkati oleh Nya. Terima
kasih.
PENGENALAN
Sains,
teknologi dan kejuruteraan merupakan cabang ilmu dalam kehidupan seharian
manusia sejagat.
Ilmu
ini juga merupakan antara ilmu yang diturunkan Allah SWT melalui Al-Quran.
Secara ringkas, Al-quran dapat didefinasikan sebagai Kalam Allah atau wahyu Allah yang mengandungi mukjizat
kepada Nabi Muhammad dan ditulis dalam mashaf dan disampaikan secara mutawatir
dan membacanya merupakan ibadat. Isi kandungan Al-Quran mengandungi lebih 6000
ayat yang membincangkan perkara-perkara mengenai soal kepercayaan atau akidah,
asas dan bimbingan akhlak manusia, asas sususnan ekonomi, asas politik dan asas
ilmu pengetahuan. Al-Quran merupakan sumber intelektual dan
spiritual teragung bagi umat Islam. Selain itu, Al-Quran juga menjadi sumber
rujukan dan juga pandangan utama Muslim sepanjang zaman. Hal ini dapat
membuktikan peranan Al-Quran dalam sains, teknologi dan kejuruteraan adalah
amat penting.
DEFINISI
AL-QURAN
Al-Quran atau
Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān)
ialah kitab suci bagi umat Islam.
Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan
kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui
perantaraan Malaikat Jibril yang sampai ke zaman
sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan Al-Quran
mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul
Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara
beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)
Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.
Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan Kamilah yang akan menjaganya". (Al-Hijr 15:9)
Lafaz Al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:
Sesungguhnya Kamilah Yang Berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (Surah Al-Qiyamah, 75:17-18)
Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari Surah Al-Fatihah dan berakhir dengan Surah An-Naas.
KECELARUAN SAINS MODEN
Kejayaan sains Barat dalam memajukan ilmu
pengetahuan, ternyata tidak setanding dengan manfaat yang diperoleh manusia
secara keseluruhan. Apa yang telah dilakukan saintis Barat, sesungguhnya
bukan sekadar membina kemajuan teknologi yang dibanggakan. Lebih dari pada
itu, para saintis Barat telah mengantarkan kehidupan manusia pada gerbang
kehancuran, kerana dari pencapaian tersebut kehidupan manusia semakin mengalami
malapetaka yang tidak boleh dinafikan.
Pada tataran yang lebih luas, sebahagian saintis sudah
ada yang mula terbongkar epistemologinya. Sebagai sebuah contoh dapat kita
lihat dari tokoh semisal Richard Tarnas dan Thomas S. Khun. Richard Tarnas
menyatakan bahawa sains Barat saat ini sedang memasuki "krisis global" sebuah
krisis yang multidimensional yang mengakibatkan kehidupan manusia semakin
terpuruk. Sains memang telah berjaya membantu manusia dalam
mensejahterakan hidup, akan tetapi akibat yang ditimbulkan jauh lebih teruk
berbanding dengan kemajuannya.Menurut konsep kaedah fiqh Islam:
"Mencegah kerosakan dari sesuatu harus lebih
didahulukan dari pada menarik manfaat dari sesuatu tersebut".
Melihat keadaan demikian, saintis Islam tidak perlu
mencontohi apa yang telah diraih oleh santis Barat.Mengingat paradigma yang
dibina dalam sains Barat tidak berasaskan kepada nilai dan etika.
Sains Islam sebagaimana dibuktikan dari sejarahnya,
jelas berusaha untuk menjunjung dan mengembangkan nilai-nilai dari pandangan
dunianya dan tamadun Islam, tidak seperti sains barat yang berusaha
mengetepikan semua masalah yang berkaitan dengan nilai-nilai.Ciri yang unik
dari sains Islam berasal dari penekanan akan kesatuan agama dengan sains,
pengetahuan dengan nilai-nilai, fizik dengan metafisika.Penekanannya pada
kepelbagaian kaedah dan penggunaan cara-cara yang betul untuk meraih cita-cita
yang benar itulah yang memberikan gaya yang khas pada sains Islam, dan
keharmonian menjadi ciri utamanya.
PERANAN AL-QURAN DALAM SAINS,
TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN
BIL
|
Al-Quran Sumber Bidang
Sains Teknologi & Kejuruteraan
|
Huraian
|
1
|
Garis
panduan kepada saintis dalam melaksanakan sesuatu ujikaji
|
Ø Menggalakkan supaya
mengkaji alam tabi’i.
Ø Mengajak manusia supaya
menggunakan akal fikiran dan mata hati untuk berfikir.
Bukti-bukti dalam
ayat al-Quran :-
1) Firman Allah dalam Surah
al-Ghasiah : 17-20
Maksudnya:
“Mengapa mereka yang
kafir masih Mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta
bagaimana ia diciptakan? (17) Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan
binaannya?(18) Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? (19)
Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (20)
(Surah Al-Ghasiah :17-20)
2) Firman Allah dalam Surah
Al-Ankabut :19
Maksudnya :
“Tidakkah mereka melihat
dan memikirkan bagaimana Allah mencipta makhluk-makhluk pada mulanya,
kemudian Ia akan mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya)?
Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah”.
3) Firman Allah dalam Surah
Ar-Ra’d : 3 – 4
Maksudnya :
“Dan Dia lah yang
menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang
(terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis
buah-buahan, Ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang
dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi
tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir. (3)
Dan Dia lah yang menjadikan
bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh)
serta sungai-sungai (yang mengalir). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, Ia
jadikan padanya pasangan: dua-dua. Ia juga melindungi siang dengan malam
silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan
Allah bagi kaum yang (mahu) berfikir.(4)”
|
2
|
Kitab yang menjadi
sumber
pelbagai cabang sains / teknologi.
|
Ø Sifat al-Quran sebagai
petunjuk dan rahmat yang dapat menjadi panduan kepada pembentukan
bidang-bidang dan cabang-cabang ilmu atau klasifikasi ilmu dalam Islam.
Ø Bukti-bukti ayat-auat
al-Quran antaranya :-
1) Firman Allah dalam Surah
Rum ayat 22 :
“Dan di antara
tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan kebijaksanaan-Nya ialah
kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi
orang-orang yang berpengetahuan.”
(Surah ar-Rum : 22)
2) Firman Allah dalam surah
An-Nahl : 11
“Ia juga menumbuhkan
bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan
tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah) bagi kaum yang mahu berfikir”.
3) Firman Allah dalam Surah
Ibrahim ayat 21-22 :
“Allah jualah yang
menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu
mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buhan untuk menjadi makanan bagi kamu
dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk
belayar di laut dengan perintah-Nya juga yang memudahkan sungai-sungai untuk
kamu (mengambil manfaat darinya). Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan
bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang
menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu”.
|
3
|
Menggalakkan pembangunan
teknologi.
|
Ø Memberi galakan dalam
membina teknologi.
Ø Umat Islam mestilah
sentiasa bersedia dengan teknologi semasa.
Ø Bukti-bukti dalam ayat
al-Quran :
1) Firman Allah dalam Surah
al-Anfal ayat 60:
Maksud ayat :
“Dan sediakakanlah untuk
menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat
kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk
menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta
musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengentahuinya sedangkan
Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan
disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya”.
(Surah al-Anfal:60)
2) Firman Allah dalam Surah
Al-Anbiya’ ayat 80:
Maksud ayat :
“Dan Kami mengajar Nabi
Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam
mana-mana peperangan kamu, maka adakah kamu sentiasa bersyukur?”
3) Firman Allah dalam surah
al-Mukminun ayat 27:
Maksud ayat :
“Lalu Kami wahyukan
kepadanya: "Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan
dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang
hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi
(yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu
dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan
pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya
di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu
kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan
ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.”
|
4
|
Panduan dalam penggunaan
teknologi &
Menjadikan sains teknologi
dan kejuruteraan mencapai fakta dan bukti ke arah kebenaran
|
Ø Al-Quran memberi garis
panduan dan penggunaan teknologi bagi membangunkan alam.
Ø Untuk membangunkan alam
mestilah berbentuk yang tidak merosakkan dan memusnahkan alam dan juga
memusnahkan nilai akhlak manusia.
1) Ayat al-Quran yang
berkaitan adalah dalam Surah Rum:41
Terjemahannya : “Telah
timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan
perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali
(insaf dan bertaubat)”.
Ø Menunjukkan kebenaran
hakikat sesuatu kejadian yang diciptakan Allah berdasarkan kepada sains,
teknologi dan kejuruteraan Islam.
Ø Membuktikan akan
fakta-fakta yang dapat mencapai sesuatu kea rah kebenaran sesuatu perkara dan
kejadian.
Ø Dapat mengaitkan sains,
teknologi dan kejuruteraan dalam al-Quran dengan fakta sains hari ini.
Ø Mengenai Teori Ledakan
Besar (The Big Bang Teory). Ada yang percaya kepada ‘teori keadaan yang
tidak berubah’ (steady state) iaitu dunia ini adalah seperti
purbakala, tidak berubah. Dibuktikan dengan ayat-ayat al-Quran dan kata-kata
Allah sendiri.
Ø Bukti-bukti ayat al-Quran
antaranya:
1) Firman Allah dalam surah
Yaasin ayat 82:
Terjemahan :
“Sesungguhnya keadaan
kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman
kepada (hakikat) benda itu: " Jadilah engkau! ". Maka ia terus
menjadi.”
|
CONTOH
PENEMUAN SAINS,TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN BERDASARKAN AL-QURAN
BIDANG SAINS
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG KEMAJUAN DALAM BEBERAPA
PERKARA DALAM BIDANG SAINS, ANTARANYA
Penemuan khasiat minyak zaitun yang terdapat di dalam sebuah hadis
daripada Abdullah Bin Umar yang menyebut bahawa rasullah S.W.T “bersabda
makanlah kamu minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak rambut, kerana
minyak zaitun dibuat daripada pohon yang pernuh berkat.”Selain itu minyak
zaiton berperanan menambah zat makanan , mencuci dan membaik pulih perut ,
membantu sedikit sebanyak pesakit gestrik dan mereka yang mengalami masalah
buat pinggan.
Selain itu, kelebihan susu ibu yang disebut oleh Allah S.W.T dalam surah
Luqman ayat 14 “antara kelebihan susu ibu ialah mengandungi zat makanan. dalam
nisbah yang betul bagi bayi yang masih tidak mampu makan dan minum melainkan
menyusu ibu nya sahaja.
Dalam kajian sains juga buah anggur mempunyai keajaiban rasa dan khasiat
yang dirakam oleh Allah S.W.T.dalam surah ar-ra”du ayat 4 serta surah an”am
ayat 99 dan surah abasa ayat 28. Buah anggur mempunyai kandungan vitamin,
mineral dan bahan antioksida lebih tinggi berbanding 20 buah lain yang telah
diuji. Anggur juga merupakan sumber antioksida yang tinggi dan kaya dengan
kalium untuk melambatkan proses penuaan. Kandungan antioksida dalam anggur juga
mempunyai kandungan antioksida yang mempunyai khasiat sebagai pelindung sel
daripada penyakit jantung, kanser dan beberapa penyakit ia juga dipercayai
boleh mencegah dan membantu proses penyembuhan penyakit bawaan virus seperti
influenza.
BIDANG TEKNOLOGI
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH MENYUMBANG KEMAJUAN DALAM BEBERAPA
PERKARA DALAM BIDANG TEKNOLOGI, ANTARANYA :
· Kemajuan di dalam
bidang Teknologi Maklumat seperti adanya aplikasi media sosial maya seperti
“Whatsapp, Facebook, Twitter dan pelbagai lagi dapat memudahkan memperolehi
maklumat serta dapat berhubung dengan sesiapa sahaja tanpa adanya sempadan .
· Melalui kemajuan
di dalam teknologi pertahanan, manusia juga mampu melindungi Negara dari
serangan musuh dengan adanya kelengkapan perang serta penciptaan senjata yang
berteknologi tinggi seperti roket dan kapal selam .
· Penggunaan tenaga
alternatif seperti penggunaan tenaga solar yang telah dicipta dan berfungsi
untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik serta untuk mengelakkan pembaziran
.
BIDANG KEJURUTERAAN
PERANAN YANG DIMAINKAN AL QURAN TELAH
MENYUMBANG KEMAJUAN DALAM BEBERAPA PERKARA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN, ANTARANYA
:
· Proses
pembentukan besi ada disebut di dalam firman Allah S.W.T “ Dan Kami telah
menurunkan besi, padanya ada kekuatan yang hebat serta berfungsi berbagai
manfaat kepada manusia” ( Surah Al-Hadid : 25 ) , contoh manfaat besi kepada
manusia adalah dapat membangunkan bangunan dengan menggunakan besi sebagai
rangka bangunan, tiang bangunan, bilah kipas dan pelbagai lagi .
· Pembuatan IBS
iaitu Industrial Building System ialah cara terbaru yang menyediakan
bahan bahan dan komponen-komponen rumah yang telah siap dan hanya perlu
dipasang dan dicantum oleh buruh- buruh binaan di tapak pembinaan .
· Pembuatan sistem
longkang dan perparitan untuk melancarkan perjalanan air rumah dan air di
sekeliling rumah , dan berfungsi terutamanya dalam mengelakkan takungan air
yang boleh menyebabkan banjir yang lebih buruk .
KESIMPULAN
Islam menerima teknologi yang memberi manfaat dan menolak teknologi yang membawa kerosakan. Berdasarkan etika dan prinsip dasar Islam, tujuan utama kepentingan ibadah kepada Allah S.W.T ialah mencari ilmu. Al-Quran menjelaskan dan menunjukkan pentingnya sejarah dan hubungannya dengan kewujudan tamadun manusia berdasarkan aspek sains, teknologi dan kejuruteraan melalui peristiwa serta contoh umat yang terdahulu benar-benar berlaku dan perlu dijadikan pengajaran kepada kita pada hari ini. Dianggarkan sebnanyak 1000 ayat mengenai kisah-kisah Nabi terdahulu dan Rasul sebelum ini seperti menceritakan hebatnya kerajaan Thamud, Kaum 'Ad, Kaum Madyan dan juga mengenai keingkaran Firaun laknatullah.
Mengesahkan bahawa Al-Quran itu adalah kalam Allah S.W.T. Umat manusia sekarang selalu ingin kepada bukti. Jadi, segala kisah yang berlaku dalam Al-Quran berkaitan sains, teknologi dan kejuruteraan adalah untuk mengesahkan bahawa Al-Quran adalah satu kitab yang diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mendidik dan mengajak manusia berfikir. Kisah dan peristiwa yang berlaku adalah untuk mendidik dan salah satu daripada kaedah untuk mengajak manusia berfikir. Untuk membenarkan janji baik dan janji buruk dari Allah S.W.T. Segala peristiwa yang berlaku adalah untuk membuktikan bahawa segala apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T adalah perkara yang benar.
Akhir kata, berdasarkan daripada tajuk yang kami kaji, Al-Quran memainkan peranan yang penting dalam merangsang akal manusia untuk berfikir tentang ayat-ayatnya yang sarat dengan maklumat dan informasi yang berguna . Secara langsung ataupun tidak, ilmu pengetahuan dan teknologi dapat tumbuh dan berkembang cepat dan ini menunjukkan bahawa Al-Quran memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sepanjang zaman . Maka dengan itu kita perlu menyusun stratergi untuk mengejar ketinggalan dan teknologi dengan mengacu pada posisi Al-Quran dalam bidang ilmu dan teknologi itu sendiri .
RUJUKAN
- https://ms.wikipedia.org/wiki/Al-Quran
- http://cinderellamok.blogspot.my/2015/04/sains-teknologi-dan-kejuruteraan-dalam.html
- Google images
- Siri Politeknik: Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam. Author: Mohd Azli Adnan,Asnuurien Najma Ahmad,Azman Abdul Rahman. ISBN 13: 9789834714062. Tahun Terbit: Mei 2015
LAMPIRAN












Comments
Post a Comment